Tips Jerawat #1

Cara Menghilangkan Jerawat Tips #1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Hari ini caramenghilangkanjerawat.com.my ingin berkongsikan tips jerawat dan cara menghilangkan jerawat yang rasanya ramai yang berminat.

tips jerawat

Tips Cara Menghilangkan Jerawat, Diharap anda akan menggunakan segala tips cara menghilangkan jerawat yang kami berikan supaya anda dapat mencantikkan lagi wajah.

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara langkah-langkah penjagaan wajah  dan cara menghilangakan jerawat yang disyorkan adalah seperti:

Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.

Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitif. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.

Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh yang demikian, samaada anda lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit yang seimbang.

Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan! pastikan cara menghilangkan jerawat anda adalah betul supaya jangkitan tidak berlaku.

Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah elakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.

Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda. Pastikan cara menghilangkan jerawat yang betul dan produk pembersihan wajah juga betul.

Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing atau “loose powder” yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria.

Macamana dengan tips cara menghilangkan jerawat di atas diharap dapat membantu.

Sekian Sahaja Tips Jerawat Untuk Cara Menghilangkan Jerawat Kali Ini. Thanks. Semoga kita akan berjumpa lagi dimasa akan datang.

cara menghilangkan jerawat, jumpa kami di facebook

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 4 ?
Please leave these two fields as-is: